Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ngi.lu] | ڠيلو

Definisi : tidak enak pendengaran (kerana men­dengar besi dikikir dll), tidak enak perasaan (kerana gigi dikikir dll), singkil; ~-~ kuku agak panas (air), suam-suam kuku; mengilukan menyebabkan menjadi ngilu; kengiluan 1. perihal ngilu; 2. berasa ngilu: gigiku mengancing ~ apabila terdengar bunyi gerudi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ngi.lu] | ڠيلو

Definisi : berasa tidak enak pd pendengaran kerana mendengar sesuatu (spt men­dengar besi dikikir); berasa tidak enak pd perasaan, gigi, tulang dll (kerana memakan sesuatu yg masam dll): Gigi saya terasa ~ setelah memakan buah itu. kengiluan 1 keadaan atau hal ngilu. 2 berasa ngilu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ngilu (adjektif)
Bersinonim dengan nyilu, singkil, linu, silu, seriau;,
Kata Terbitan : kengiluan,

Puisi
 

Kenak apa giginya ngilu,
     Bawa memakan bawa marudik;
Kenak nan apa hati nan pilu,
     Bawa memandang si emak sumbik.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Dipukul lutut sakit,
     direngkuh siku ngilu.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah.

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
144You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngiluThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas