Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk me­malu: ~ beduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1 benda yg digunakan utk mengetuk sesuatu; tukul; martil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. 2 pukulan dgn benda-benda keras; ketuk; pukul: kena ~ kena pukul. berpalu-paluan berpukul-pukulan; pukul-memukul. memalu mengenakan palu pd sesuatu yg lain dgn kuat; memukul; menghentam: ~ gendang. palu-memalu saling memalu; pukul-memukul. paluan bunyi dipalu; hasil drpd memalu; pukulan: Haiwan tsb dpt ditakutkan dgn mercun, dgn ~ gendang atau dgn goncangan tin-tin kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palu (kata nama)
Bersinonim dengan pemalu, tukul, penukul, tukul besi, pengetuk, pemukul, martil, tokok, penokok, ganden, kambu;,
Kata Terbitan : memalu, paluan,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
613One good turn deserves anotherBantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas