Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusa I

Puisi
 

Rusa ini rusa berdua,
     Terbit makan rumput manisan;
Tiada jodoh kita berdua,
     Boleh anak kita berbesan.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(18)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
42A bird in the hand is worth two in the bushSesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejarWe decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwiseKami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yangPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas