Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.kit] | ساکيت

Definisi : 1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.kit] | ساکيت

Definisi : 1 berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagiannya kerana sesuatu sebab; uzur: Dia tidak dpt bekerja hari ini kerana ~ perut. 2 ki berasa sedih (susah); sengsara. ~ akal (fikiran, otak) gila. ~ hati berasa marah kerana dihina dll. ~ jiwa tidak berapa siuman kerana ada sesuatu yg menekan jiwanya. ~ kepala berasa pening kepala. ~ kuning penyakit yg disebabkan oleh gangguan pd hempedu dan menjadikan tubuh dan mata berwarna kuning. ~ mata a. sakit pd mata. b. tidak suka atau tidak berkenan melihat sesuatu yg tidak digemari. ~ mental tidak siuman, gila. ~ telinga a. sakit pd telinga. b. sakit hati (perasaan) kerana mende­ngar kata-kata yg tidak digemari. ber­­s­akit menahan rasa sakit: kuat ~ kuat menahan rasa sakit. bersakit-sakit 1 berusaha dgn tidak mengenal jerih dan payah; berusaha sungguh-sungguh (utk mencapai se­­suatu): ~ dahulu, bersenang-senang ke­mudi­an. 2 menanggung ke­susahan (kesulitan dsb): Kalau tidak sanggup ~, janganlah hidup di rantau orang. 3 kerap jatuh sakit; selalu menderita sakit: Sejak dua tahun yg lalu, dia ~ saja. menyakiti 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. menyakitkan menimbulkan rasa sakit; mendatangkan sakit: Hulu kikir yg bujur akan ~ tangan ketika menggunakannya. kesakitan 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsara­an. penyakit sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. berpenyakit 1 ada penyakitnya. 2 = penyakitan selalu menderita sakit; selalu sakit: Pengemis itu sudah tua dan ~. pesakit orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Sakit sama mengaduh,
     luka sama menyiuk.

Bermaksud :

Sama-sama ikut bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(53)

123

It's no use crying over spilt milk

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but it's no use crying over split milk.

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
520It's no use to shut the stable door after the horse has boltedSetelah ditimpa musibah, baru hendak bertindak.Sakit perut, baru tahu di liang lantaiThe gallery has just installed a fire alarm system after its rare collections was destroyed in a past few week. It's no use to lock the barn door after the horse has escapedGaleri tersebut baru sahaja dipasang sistem penggera kebakaran setelah koleksi nadirnya musnah dalam kebakaran pada minggu lepas. Sakit perut, baru tahu di liang lantai.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
123It's no use crying over spilt milkTidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambatLooking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but it's no use crying over split milk.Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
70If the cap fits, wear itJika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduhWhen a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh!" tempelak pengeluar filem itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
71If the cap fits, wear itJika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakitWhen a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit!" tempelak pengeluar filem itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
144You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngiluThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
95Charity begin at homeUrusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.Mencampakkan batu keluarHe should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah mencampakkan batu keluar.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
94Charity begin at homeUrusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.Membasahkan garam sendiriHe should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah membasahkan garam sendiri .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
93Charity begin at homeUrusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkanHe should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
92Charity begin at homeUrusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukanHe should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
91Charity begin at homeUrusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusuiHe should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas