Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
284Kill two birds with one stoneMencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.Ke sungai sambil mandiWe are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.Kami betul-betul ke sungai sambil mandi di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas