Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : ~ damak sj tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak bulu, Grewia latifolia; ~ molek sj tumbuhan (pokok), takam molek, karaes, Baccaurea brevipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1 dpt memotong (menghiris, mengerat dll) dgn mudah; mudah makan (bkn pisau dll): Pisau itu ~. 2 runcing hujungnya; lancip: paku yg ~. 3 dpt mengerti dgn cepat; cerdik; pintar: ~ juga otak budak itu. 4 keras atau pedas (bkn perkataan, kritik dll): Kritiknya sangat ~. 5 kelihatan galak atau garang (bkn pandangan dll): Pandangannya yg ~ menakutkan kanak-kanak itu. 6 dpt melukai atau dpt menyakitkan secara kimia (bkn sabun, asid dll). 7 lekas atau mudah dpt melihat, mendengar dll: haiwan yg ~ pendengarannya. ~ akal cerdik; pandai. ~ mata lekas dpt melihat sesuatu. ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. menajamkan menjadikan tajam (bkn pisau, parang dll); mengasah supaya tajam. mempertajam menjadikan lebih tajam. ketajaman keadaan atau sifat tajam: ~ pisau; ~ fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tajam (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan,
Berantonim dengan tumpul

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding,
Berantonim dengan pepat

3. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding,
Berantonim dengan lunak

Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman,

Puisi
 

Tajam sungguh si buluh gadung,
     Hendaklah ikat bersama tali;
Hancur luluh tulang dan daging,
     Namun kulupa tidak sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tajam pisau kerana diasah.

Bermaksud :

Jadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh).

 

Lihat selanjutnya...(18)

599

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
605Words cut more than swordsKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalKeris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusiaIndeed, words cut more than swords . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
599The tongue is sharper than the swordKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalKeris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusiaIndeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
598The tongue is sharper than the swordKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalKeris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusiaIndeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
604There is no venom to that of the tongueKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalKeris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusiaIndeed, there is no venom to that of the tongue. Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
597The tongue is more venomous than a serpent’s stingKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalKeris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusiaIndeed, the tongue is more venomous than a serpent’’s sting. Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
596A blow with a word strikes deeper than a blow with a swordKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalKeris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusiaIndeed, a blow with a word strikes deeper than a blow with a sword. Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
601The tongue is sharper than the swordKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalBerapalah tajam pisau parang, tajam lagilah mulut manusiaIndeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya berapalah tajam pisau parang, tajam lagilah mulut manusia . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
602The tongue is sharper than the swordKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalLidah lebih tajam daripada mata pedangIndeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
603The tongue is sharper than the swordKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalLidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parangIndeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
87You can catch more flies with honey than with vinegarUntuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)Yang tajam tumpul, yang bisa tawarIf you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, yang tajam tumpul, yang bisa tawar.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas