Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pi] | تڤي

Definisi : 1. bahagian yg luar sekali (bidang dll), pinggir: ~ meja; 2. sesuatu yg dipasang di pinggir (baju, kain, dll), birai: ~ tabir; 3. tempat (kawasan) yg di pinggir: kami pergi berkelah ke ~ laut; 4. perbatasan (kota dll), sempadan di antara satu dgn lain; ~ langit perbatasan langit dgn air laut; menjaga ~ kain orang ki mengambil tahu hal orang lain; ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir; mengetepikan 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak memen­tingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka ter­paksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak me­ngen­dahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. menge­luarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkir­kan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; terketepi diketepikan, disisihkan: secara umum­nya, siswazah tempatan akan ~ dan ter­singkir kerana kekurangan kualiti yg dikehendaki oleh pihak swasta; pengetepian perihal atau perbuatan menge­tepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; bertepi mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; bertepikan memakai tepi (birai dll): bajunya ~ benang emas; menepi 1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata); menepikan membawa ke tepi; tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpul­kannya utk dibawanya ke ~; ~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiat­an kebudayaan sesuatu daerah; ~ ilmu orang yg banyak pengetahuannya; ~ mata tangkai hati, kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pi] | تڤي

Definisi : 1 tempat atau kawasan yg letaknya di pinggir: Kami pergi berkelah di ~ pantai. 2 bahagian dr sesuatu yg di luar sekali; pinggir: ~ hutan; ~ jalan. 3 sempadan di antara satu dgn yg lain; batas: ~ langit sempadan di antara langit dgn air laut. bertepi ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. bertepikan mempunyai atau memakai sesuatu sbg tepi atau sbg birai: Lengan bajunya ~ renda berwarna merah. menepi 1 pergi ke tepi; meminggir: Ketika mereka lalu, kami semua ~. 2 berjalan atau belayar menuju tepi; menyusur di tepi sesuatu (spt pantai). tepian tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). ke tepi (pergi) ke bahagian tepi; ke arah pinggir. mengetepikan 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mus­tahak saja dan ~ perkara yg tidak penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(216)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(34)

385

Keep your nose out of other people’’s business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jaga tepi kain orang

'' Keep your nose out of other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
386Mind your own businessJangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.Jaga tepi kain orang'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
385Keep your nose out of other people’’s businessJangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.Jaga tepi kain orang'' Keep your nose out of other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
384Don't stick your nose into other people’’s businessJangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.Jaga tepi kain orang'' Don't stick your nose into other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
383Don't poke your nose into other people’’s businessJangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.Jaga tepi kain orang'' Don't poke your nose into other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
389Mind your own businessJangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.Gerundang, tinggallah di kubangan'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.'' Gerundang, tinggallah di kubangan. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
388Mind your own businessJangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.Jangan buat kerbau tanduk panjang'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
387Mind your own businessJangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.Parak awak sahajalah siangi'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.''Parak awak sahajalah siangi. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas