| 607 | Truth will out | Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. | Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. | For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will out, eventually | Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 292 | Nothing ventured, nothing gained | Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. | Belum cuba belum tahu | At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing ventured, nothing gained . | Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 291 | Nothing venture, nothing win | Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. | Belum cuba belum tahu | At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win . | Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 290 | Nothing venture, nothing have | Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. | Belum cuba belum tahu | At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing have . | Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 606 | Truth will come to light | Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. | Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. | For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually | Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 591 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Kain di dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Kain di dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga ''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 293 | You never know what you can do until you try | Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. | Belum cuba belum tahu | At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, you never know what you can do until you try. | Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 437 | Once burned, twice shy | Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang | Sekali tersengat, selalu beringat | I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once burned, twice shy . | Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 436 | Once bitten, twice shy | Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang | Sekalilah si buta kehilangan tongkat | I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy. | Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 433 | Once bitten, twice shy | Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang | Sekali tersengat, selalu beringat | I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy. | Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |