Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd per­mukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr per­mukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk meng­gambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menye­babkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ per­balahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika tim­bul seketika tenggelam (spt benda yg di­umbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ keru­mit­an menyebabkan terdapatnya kerumit­­­an; ~ kesan buruk mendatangkan (meng­akibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menim­bulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn meng­gosokkan raksa pd badan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keluar atau naik ke atas dr dlm air, lumpur dll: Setelah menyelam beberapa ketika, dia ~ kembali. 2 terapung-apung di atas air dll; tidak tenggelam: Sabut ~ kalau dicampakkan ke dlm air. 3 terbit (ttg bulan, matahari dll). 4 menyembul sedikit dr permukaan yg rata: huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll. 5 ki terbit atau terlintas dlm hati: Maka ~lah keinginan dlm hatinya hendak pergi berdagang. 6 ki berlaku; terjadi: Maka ~lah perselisihan yg hebat antara kedua-dua sahabat itu. ~ tenggelam a. sebentar timbul sebentar tenggelam (spt sabut yg diumbang-ambingkan oleh ombak). b. ki kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. menimbulkan 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Dapat harta timbul.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).

 

Lihat selanjutnya...(29)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
607Truth will outKebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will out, eventuallyBuat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
606Truth will come to lightKebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventuallyBuat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
477When poverty comes in at the door, love flies out of the windowApabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah.She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang saya, tak ada wang abang payah? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
476When poverty comes in at the door, love flies out of the windowApabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
478When the wolf comes in at the door, love creeps out of the windowApabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
184Like father, like sonSifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.Bagaimana contoh, begituah gubahannyaShe married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana contoh, begituah gubahannya .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
183Like father, like sonSifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.Bagaimana acuan begitulah kuihnyaShe married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
182Like father, like sonSifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.Bagaimana rupa, begitulah bayangnyaShe married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana rupa, begitulah bayangnya .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
181Like father, like sonSifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.Bagaimana cetak, begitulah kuihnyaShe married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana cetak, begitulah kuihnya .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
179Like father, like sonSifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.Rebung tidak jauh dari rumpunShe married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas