Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.but] | اومبوت

Definisi : pangkal pucuk batang pokok palma (kelapa, pinang, dll) yg lembut dan boleh di-makan: mencari ~ utk dimakan; cari ~ kena buku prb mencari yg baik, men-dapat yg buruk; mencari ~ dlm batu prb mem-buat pekerjaan yg sia-sia; mengumbut mencari (mengambil) umbut (drpd pohon kelapa, enau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.but] | اومبوت

Definisi : ; mengumbut 1. menarik kembali (tali yg dihulurkan dll), membongkar (sauh): maka jurubatu pun ~ sauh langsung ber-dayung; 2. mencabut; ~ hati mengambil hati; ~ nyawa mencabut nyawa, membunuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.but] | اومبوت

Definisi : bahagian pangkal pucuk batang pokok palma (spt kelapa, enau) yg lembut dan boleh dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata umbut

Puisi
 

Gulai umbut pucuk paku,
     Nasi terletak di muka pintu;
Lemah lembut puteri Melayu,
     Bijak memasak menjahit baju.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Mencari umbut dalam batu.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
215When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibahamDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas