| meruju Ib | sejenis tumbuhan yang tumbuh di tepi pantai atau sungai, daun dan batangnya berduri. | Tidak lama selepas kejadian ini Patinggi Ngadan pun berjalan-jalan ke kawasan hulu Layar. Semua karangan, tebing, mumbun dan meruju (jenis-jenis tumbuhan di tepi air) disemburnya dengan air. Sambil menyembur tebing-tebing ini dengan air dia berjampi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| narum, *narum tarum* Ib | proses untuk mendapatkan warna hitam dengan menggunakan daun tarum. | Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. Setelah proses ini selesai benang itu dimasukkan ke dalam air pewarna yang dipanggil tarum. Proses ini dipanggil narum. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kaluk Ib | tempurung kelapa yang masih muda (boleh dimakan). | Oh kakak berjong kayu, adakah kakak bertemu kak Raja Rambang Ramunut, anakku mandi dengan air nyiur, anakku bertapal dengan daun nyiur, anakku bersembur dengan kaluk nyiur. Suatu hari melintaslah orang sedang berjong kayu. Puteri bongsu pun bernyanyi dari atas pokok nyiur gading. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lipa Bj Sm | sejenis perahu yang lebar di bahagian tengah, berupaya menampung sepuluh orang. | Pulau-pulau kecil kelam kehitaman bagai terapung dan berlabuh di tengah laut. Kecipak air di landas lipa menguntumkan irama. Ocehan daun mengharmonikan irama. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| igat Ib | sapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda. | Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |