| lumansar Mr | menari di atas lansaran. | Sebaik saja lansaran dijalankan maka setiap orang haruslah ikut serta lumansar dan berusaha untuk mencapai tengkorak yang terletak di tiang tinitundob. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tinitundob Mr Tl | tempat menyangkutkan tengkorak, bahagian ini terletak di tengah siling dewan lansaran. | Sebaik saja lansaran dijalankan maka setiap orang haruslah ikut serta lumansar dan berusaha untuk mencapai tengkorak yang terletak di tiang tinitundob. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lumusung Mr | nyanyian beramai-ramai ketika memulai tarian lansaran. | Dia tersenyum. Nyanyian lumusung masih mendayu-dayu, yang pasti Balon akan berjaya mendapatkan kingkilat dengan enjutan lansaran dan nantinya gemuruh pembangunan akan kedengaran mengaum, mengisi setiap ruang kosong yang dulunya pernah ditinggalkan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lalaguna Mr | lantai lansaran. | Lalaguna - berukuran kira-kira 20 kaki panjangnya dan sebanyak 60 batang yang diperlukan - ianya digunakan sebagai gelagar dewan `lansaran'. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lansaran Mr | pentas yang dibuat daripada buluh yang membolehkan penari-penari melompat dan melonjak-lonjak di atasnya (bersifat fleksibel). | Lantas dia melonjak naik ke atas kayu yang dijadikan landasan di dewan lansaran. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| mengimun liliwa Mr | penyanyi lagu tradisi. | Dengan bermulanya nyanyian tersebut, maka penari-penari lelaki dan perempuan pun mulalah menghayun dewan Lansaran tadi, di samping mengikuti irama nyanyian yang dinyanyikan oleh `mengimun liliwa' sebagai penghidup semangat mereka. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kalong Mr | paip untuk menghisap rokok. | Pembaca juga telah berkenalan dengan beberapa kata daerah seperti sigup, kirai daun, seraung, sumandak, kalong, lansaran, polod dan paliu. | Pelanduk Hutan Keningau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sisitan Mr | tempat menggantung kingkilat. | Balon terus mencuba. Balon mahu membuktikan yang dia tetap gah dalam tarian itu. Menari-nari sisitan dan atangnya apabila tersentuh kingkilat. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| atang Mr | papan rentang berukir (hiasan dinding) berbentuk seperti burung enggang. | Balon terus mencuba. Balon mahu membuktikan yang dia tetap gah dalam tarian itu. Menari-nari sisitan dan atangnya apabila tersentuh kingkilat. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kingkilat Mr | hadiah yang digantung di sisitan. | Kingkilat berayun. Berkemalai bagai hiasan sanggul penari istana pada zaman lampau. Mereka melompat dengan penuh azam dan tekad, untuk mengambil kingkilat yang tergantung di atas. Kingkilat bergerak utuh. Beralun ke kiri dan ke kanan. Suara bergerantangan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |