| wat Ib | panggilan manja untuk anak atau menantu lelaki, terutama kepada anak lelaki atau menantu lelaki (sama seperti dom, jang, ulup dan unggal). | “Naik wat,” kata Manang Jamba. “Ya, pak memanglah hajat kami ini datang hendak menemui bapak.” Setelah mereka duduk Manang Jamba memberi mereka rokok dan pinang. “Awak semua dah makankah tadi?” tanya Manang Jamba. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| jalong, *aik jalung* Ib | nama utk minuman tuak yg telah ditimang sepanjang malam dan kemudian diminum oleh orang tertentu dalam sejenis upacara dlm Gawai Antu. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| garong, *garung* Ib | anyaman berangkai dan bertingkat daripada buluh yang mengandungi ruas buluh tempat menyimpan tuak. Tuak tersebut ditimang (dengan lagu puji-pujian) semalamam dan hanya layak diminum oleh seorang pahlawan. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| igat Ib | sapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda. | Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tercangap MSr | terlopong. | Murad ni menantu saya! Budin mengulang lagi ujarnya. "Dia kahwin dengan anak saya, Tijah, kahwin tangkap," jelasnya lagi. Menekan-nekan suaranya. Tercangap mulut orang-orang di situ mendengar cerita Budin. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tilau-tilau idaan Bj Sm | perbuatan merisik calon isteri/menantu (secara tidak rasmi). | Namun, Rohayu sedar, tidak seperti keluarga lain, apabila menerima rombongan tilau-tilau idaan, pelbagai soalan dikemukakan seperti; apakah anak gadis mereka memang sudah tiba masanya untuk berumahtangga? | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| endu Ib | sapaan untuk anak gadis atau perempuan yang lebih muda atau menantu perempuan. | Oh... endu, Dara Tekom Emperaja, hantarkan rokok, panggil Bujang Pangka Lelang. "Oh. di sini rupanya gadis yang bernama Dara Tekom Emperaja," kata Baring dalam hatinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| dom, *dum* Ib | panggilan untuk lelaki muda, terutama bagi anak lelaki atau menantu lelaki. | Kamu nanti Bunga Nuing, jangan sekali-kali kaubiarkan dom ini memakan daging rusa,? kata isteri Keling apabila dia melihat Bunga Nuing hendak membawa anaknya berjalan ke tempat orang yang sedang memakan daging rusa. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| saging Mr | sejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak. | “Bila mentua membawa saging menantu sudah faham,” beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau. | 7 Malam Mabuk di Pesta Tinau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| papau Ib | sejenis burung yang membawa alamat menurut kepercayaan Iban. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |