| legar-legur MSr | berdentam-dentum. | Bapanya pun begitu juga, kalau sudah bergurau, bukan tahu batas dan sempadan lagi. Macam nak pecah rumah ni legar-legur kerana bunyi dia orang. Kelak, kalau sudah manas begitu juga. Ditegur sepuluh kali pun tidak mahu menyahut. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kempang Ib, MSr | tergamak, sampai hati, sadis, tega. | Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| siang Bd | nama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu). | Walaupun dia mempunyai suku darah Cina, dia tidak mahu mengaku berketurunan Cina. Namanya di dalam kad pengenalan pun Ahtieng anak Ah Lasak. Keluarganya pun tidak mempunyak siang Cina lagi lantaran nenek sebelah bapanya sahaja yang berketurunan Cina sedangkan datuknya sendiri memang Dayak jati. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |