| tarap MSb | sejenis tumbuhan, buahnya boleh dimakan; Artocarpus incisus. | Sekumpulan burung punai, bercempera lari dari sebatang pohon tarap. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| neang Ml | sejenis pokok, buahnya berbentuk bulat dan dapat dijadikan mainan seperti permainan guli. | Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. Sesekali kulemparkan pandangan ke arah pokok kayu neang yang diserikan oleh kelip-kelip. Sungguh indah sekali malam itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lemba Ml | sejenis tumbuhan, buahnya boleh dimakan, daunnya lebar dan digunakan untuk mengikat benang tenunan. | Tolonglah saya sambung pua kumbu ini supaya menjadi kapal terbang untuk suami kita mengambil lemba untuk anak kita, kata Kumang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kumpang Ib | sejenis pokok yang buahnya seperti buah keranji dan rasanya masam. | Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tengkok, *tengkuk* Ib | sejenis pokok memanjat, buahnya dimasak lama kemudian direndam dalam air yang mengalir sebelum dimakan untuk membuang racunnya. | Bahan-bahan yang diperlukan dalam proses ngembun ialah kunyit, halia, minyak kepayang, buah tengkok, garam mengkudu atau garam nipah, buah kepayang dan kulit buah langir. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pau Ib | sejenis pokok memanjat. Kulit buahnya boleh dibuat syampu setelah dikeringkan atau dijemur. | Mereka terperanjat melihat segala alat mandi telah tersedia. Mentemu, batu penggosok, pau, batu penumbuk pau dan bunga-bunga kering semuanya sudah ada. Selepas mandi, mereka terlihat kesan orang mandi yang masih baru. Permandian di situ masih basah. “Siapakah yang telah mandi di situ tadi?” Mereka tertanya-tanya. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| jejabai Ib | sejenis pokok hutan berkayu, buahnya seperti buah zaitun berwarna hijau semasa muda dan berubah kehitaman apabila tua. Ia dicelur sekejap sebelum dimakan. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| embawang Ib | sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang sangat kuat baunya). | Di sebelah lain, orang Nanga Tiga sibuk menggergajikan pokok embawang, ramin, merbung, tasak, mencantas cabang-cabang, ranting-ranting dan membuang daun-daun lebat. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| nyeli Ib | sj tumbuhan bijirin (pokok dan buahnya) drpd jenis padi; Coix lachrymajobi. | Apabila dua orang gadis itu mendekati rumah panjang, Bunga Eni dan Bunga Satangkai hanya sebesar ibu kaki. Apabila Kumang dan Lulong tiba di tepian permandian, roh itu sebesar ibu jari. Setiba mereka di halaman, roh itu sebesar sebiji jagung. Seterusnya apabila berada di kaki tangga, roh Bunga Eni dan Bunga Satangkai sudah sebiji nyeli. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| singut Ib | lebah. | Pada suatu ketika, sedang Radin dan anak buahnya tekun membina rumah panjang baru ini, lebah jenis singut tiba-tiba hinggap di kedua-dua belah hujung tulang bumbung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |