Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau dapat diikat-ikat,
     Ikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
siud MSbsejenis alat untuk menangkap ikan, tangguk.Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karaban Kdbekas bertutup daripada buluh yang dianyam, digunakan untuk menyimpan damak sumpitan.Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selingkawang, *selingkawan* Bj Smsejenis tumbuhan paku pakis yang keras.Dari celah-celah daun selingkawang itu ia dapat melihat seorang daripada manusia-manusia di bawah bukit itu sedang mengutip daun-daun simpur untuk pembungkus nasi mereka.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kamah Ib, MSrkotor.Dalam kebanyakan hal, Pak Karim lebih melihat Minah sebagai abdi dua orang cucunya itu. Itu pun kerana sikapnya sendiri juga. Dia sendiri yang tidak dapat melihat barang mainan cucunya kamah sedikit. Dia akan cuci sendiri. Dia jemur sendiri jika perlu. Kalau tidak dijemurnya, akan dilapnya hingga kering dan bersih.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
makai salau Ibmakan beramai-ramai bersama manang setelah selesai upacara perubatan pada larut malam.Setelah Manang Entayang melangsungkan upacara belian, ayam pun disembelih. Orang perempuan di dapur terus memasak, dan setelah semuanya dimasak, mereka pun makan salau. Si pesakit pun meminta nasi dan apabila melihat yang pesakit itu dapat makan, anak sulungnya berteriak.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas