| siyung Kd Pr | terendak daripada anyaman buluh. | Siyung - lebih terkenal dengan nama "seraung" atau terendak. Diperbuat daripada kulit bambu yang dianyam begitu halus dan rapi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kinjung-kinjungan Sl | gerak langkah dalam tarian Daling-Daling. | Ketiga-tiga gerak langkah tersebut terkenal dengan nama gerak langkah mengilok, beautiful dan kinjung-kinjungan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bangkad Kd Kj | sejenis baju tidak berlengan yang dipakai oleh penari lelaki. | Baju mereka dikenali dengan nama bangkad - diperbuat daripada benang kapas yang ditenun, potongan baju ini tidak bertangan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kandit Bj PT | sejenis tali pinggang yang ditekat daripada benang-benang yang beraneka warna dan dibubuh berumbai-rumbai di bahagian tepinya. | Ikat Pinggang - dikenal dengan nama kandit - ditekat daripada benang-benang yang beraneka warna dan dibubuh berumbai-rumbai di bahagian tepinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gawai ranyai Ib | suatu upacara untuk menawarkan sumpah. | SERAPOH tinggal di Batang Kapuas. Dia mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Agama mereka pada ketika itu mungkin agama Hindu. Ini adalah kerana apabila mengadakan Gawai Ranyai, tiang yang mereka gunakan untuk mendirikan patung kenyalang disebut candi, sama dengan nama candi yang terdapat di kuil Hindu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| paina Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Membakut. | Di Membakut Tarian Sumazau lebih popular atau terkenal dengan panggilan Paina yang membawa erti Tarian atau menari. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| mikai Ib | nama sejenis pokok kayu keras; Shorea. | Eh, potong saja akar pokok ara dari sebelah-menyebelah pokok mikai, ia akan gugur, selepas itu nanti akan sembuh pokok mikai itu, jawab Pak Tibang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| rasing Bj Sm, Tb | sejenis permainan rakyat yg menggunakan tempurung kelapa sbg kasut dan tali utk mengendalikannya. | “Apa nama permainan yang mereka main dengan menggunakan tempurung itu dik Minarni?” tanya Yanti. “Rasing, mereka main rasing,” jelas Minarni. “Rasing? Permainan apa itu?” Yanti ingin tahu. “Rasing itulah permainan tradisi orang-orang Samah di sini,” celah Pak Hilun. “Ayah engkau ketika kecil-kecil dulu pun cekap bermain rasing. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |