| pulau Ib | kawasan hutan yang tidak boleh dijadikan huma, tempat tinggal atau dibakar kerana pantang larang tertentu. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| resu Ib | buih yang keluar pada hujung kayu yang tidak terbakar (semasa dibakar). | “Berbau bunga pundaklah ini, yang ditanak oleh gadis dagang. Ada juga terhidu wangi resu garu tulang. Tidak pernah saya tercium wangi seperti ini, wangi minyak nyaman yang tahan sebulan, wangi minyak embun yang tahan setahun,” kata Raja Sawa sambil termenung sendiri. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pengalai Ky | penari. | Sewaktu mengadakan majlis Anding ini, kemenyan hendaklah disediakan untuk dibakar di samping mayang pinang muda yang masih belum mengurai. Mayang pinang muda ini digunakan oleh pengalai untuk memudahkan mereka memasuki acara ‘menurun’ iaitu kerasukan. | Pemujaan semangat dewa dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| selap Ib | rumput yang tumbuh di kawasan gersang. | Tanah yang begitu tandus amat menyedihkan kami, Hanya tumbuh lalang bersama rumput selap padi, Kerana selalu dibakar api, Tempat Dayak berhuma padi tidak menjadi, Disaingi rumput padi mati, …. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| asam membangan, *asam embang* Ib, MSr | sejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan. | Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| senuan Ib | tanah perkuburan kecil untuk ahli keluarga sahaja, biasanya hanya memuatkan beberapa orang sahaja. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |