| pansuh Ib | ikan atau daging yang dimasak dalam buluh. | Telur dua hiris sedikit pulut pansuh, sedikit nasi dimasak dalam daun ririk, kapur, sehelai dua daun sirih, pinang belah, sepuntung dua rokok daun, tuak dipalitkan pada bahan piring dalam buluh itu, tembakau dan darah ayam dipalitkan pada buluh. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| binulu, *binuluk* Mr | makanan (biasanya ikan) yang dimasak dalam bambu. | Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ampap MSb | sejenis masakan ikan yang dimasak sehingga kering dan boleh disimpan lama. | Lauknya sudah makcik masakkan. Lauk ikan ampap dan.... ayuh Mediha, ayuh kita bersama-sama, Mediha...” | Lintasan Cinta | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tengkok, *tengkuk* Ib | sejenis pokok memanjat, buahnya dimasak lama kemudian direndam dalam air yang mengalir sebelum dimakan untuk membuang racunnya. | Bahan-bahan yang diperlukan dalam proses ngembun ialah kunyit, halia, minyak kepayang, buah tengkok, garam mengkudu atau garam nipah, buah kepayang dan kulit buah langir. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tambah, *tambak* Mr | jeruk. | Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sinalag Bj, Mr | daging salai. | Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kacam, *kacham* Ib | sejenis tumbuhan yang masam rasanya dan pucuknya boleh dijadikan sayur atau ulam. | “Terlalu ingin makan udang salai. Kalau dimasak bersama daun kacam, kuahnya saja sudah cukup menyelerakan.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kulipis MSb | kuih – pulut ditanak bersama-sama santan dan garam, kemudian dibungkus dengan daun dan dikukus semula hingga masak. | kulipis - nasi pulut yang dimasak dengan santan dan garam. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| penganan iri Ib | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras/ubi dan gula merah atau gula nipah, penyaram. | Ini Chakoi menjual kuih penganan iri dan nasi pulut yang dimasak dalam ruas buluh. Jualan mereka laris, dibeli oleh buruh-buruh jalan raya dan orang yang lalu?lalang. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |