| apai Ib | 2. orang yang sebaya ayah. | Tidak kurang daripada dua puluh kali dia memanggil apai dan indai. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| nunuk ragang Kd | sejenis pokok kayu ara merah. | Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sigir, *sigik* Ib, MSr | sebiji/satu. | “Pulut panggang satu berapa harganya, cu?” tanya Ini Chakoi kepada seorang budak Melayu yang berjaja. Ini Chakoi sangat gemar makan pulut panggang. Dia memisahkan dirinya daripada teman-teman serumah panjangnya untuk mendekati anak Melayu yang sedang menjual pulut panggang itu. “Sigir, dua puluh sen, nek,” jawab budak itu. “Mahal sangat. Beri sepuluh sen satu.” “Sik dapat. Rugi kamek.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |