| boyug Kd Lt | sejenis kumbang berwarna hijau kilat yang selalu didapati memakan daun pokok kapuk. | Kepak boyug - sejenis serangga berwarna hijau kilat yang selalu didapati memakan daun pokok kapuk. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| empetir Ib | sejenis pokok; Sindora spp. | Tupai pun menghilang di dalam rimbunan daun hijau pokok empetir. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tegaram Ib | sejenis pokok engkebang. | Ilang mencantas paku-pakis, anak-anak pokok tegaram, embawang, meranti, merbung dan tumbuhan hijau yang menjalar panjang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kelingkang Ib | sejenis bekas daripada buluh, digunakan sebagai tempat meletak makanan untuk pemujaan. | Ataupun membuang kelingkang yang terpacak di hutan hijau itu. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| jejabai Ib | sejenis pokok hutan berkayu, buahnya seperti buah zaitun berwarna hijau semasa muda dan berubah kehitaman apabila tua. Ia dicelur sekejap sebelum dimakan. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| menoa Ib | daerah. | Walaupun telah dibuang menoa, masih juga dia menentang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ngirup Ib | minum. | Jangan buat macam tu. Kita ngirup untuk kejayaan. Bukannya bunuh-membunuh. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| manok Ib | ayam. | Lelaki tua tadi menjauhkan lagi kedua-dua manok sabung ke ruai kelapan. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gawai Ib | perayaan keramaian dalam kalangan masyarakat Iban. | Nanga Tiga begitu sibuk seperti menyambut gawai. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ajat Ib | tari. | Ajatnya tambah rancak bila ada tangan-tangan yang ramai bertepuk agak serentak. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |