| peda Bj | sejenis parang. | Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| guuk Bj | sejenis parang. | Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| hintuun Kd | ruang tamu. | Bobohizan dan pembantunya akan duduk di lantai dalam sebuah bilik khas yang dikenali sebagai Hintuun. Bobohizan akan berdoa kepada Bambaazon disertai nyanyian pemujaan yang mengambil masa lebih kurang dua jam. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| engkerumong, *engkerumung* Ib | sejenis alat muzik yang dimainkan semasa tarian ngajat. Bahagian hadapan yang dipukul seperti gong tetapi bentuknya lebih kecil, biasanya sebanyak tujuh biji dimainkan dalam satu masa. | Sejak dari itu orang di rumah panjang itu sering kali meminta padi dari Anyong dan Anyang dengan menukarnya dengan gong, tempayan lama, engkerumong dan harta pusaka yang lain, kerana mereka sentiasa tidak cukup padi untuk dimakan dalam satu-satu tahun. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |