Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Apa guna pasang pelita,
     Kalau tidak dengan sumbunya;
Apa guna berpandang mata,
     Hati tidak dengan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Nafsu-nafsu,
     raja di mata sultan di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lingaman, *lenggaman* Bj, Kd, MSbalat untuk memotong padi yang biasanya digunakan oleh suku kaum Kimaragang.Mata lingaman itu diletakkan kemas-kemas di atas batu asahan itu. Dengan hati-hati ditekankan sedikit mata lingaman itu, kemudian menyorong dan menariknya beberapa kali. Dia mengelus-ngelus mata lingaman itu dan mengasahkannya kembali. Setelah yakin bahawa lingaman itu cukup tajam, dia berhenti mengasah dan menyimpannya di tempat tadi.Mimpi BurubutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tunggul-tunggul Bjbendera yang dipacak pada tanah pada hari perkahwinan atau di atas kubur.KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pisang-pisang Bj, Tbsejenis perhiasan pada hari perkahwinan yang berbentuk bendera tiga segi yang dipacak pada tanah.KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas