Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yang.kan] | ممبايڠکن

Definisi : 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yang.kan] | ممبايڠکن

Definisi : 1 menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2 menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayangkan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
merinsak MSrpapa; sangat miskin.Mereka lokek. Setiap sen dihitung. Kartini membayangkan yang dia tidak sanggup berbuat demikian. Pada pandangannya terlalu merinsak orang kalau setiap sen diambil-kira setiap kali menghitung rezeki.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyondok Skmengambil bahagian dalam upacara ngoncong untuk menunaikan niat, hajat.Daripada ngoncong Ah Lasak dapat membayangkan kepulangan modalnya. Itupun kalau orang yang nyondok ramai. Ramai penyondok banyaklah duit. Banyaklah pulang modal.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas