| engkeleman Ib | bulan susut. | Selepas bulan purnama engkeleman belala Sana mengetuai pengikutnya memanjat pokok tapang itu untuk memperolehi madu lebah tadi. Mereka tidak memperolehi banyak madu kerana pada malam itu bulan terbit lebih awal. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| belala Ib | belum puas. | Selepas bulan purnama engkeleman belala Sana mengetuai pengikutnya memanjat pokok tapang itu untuk memperolehi madu lebah tadi. Mereka tidak memperolehi banyak madu kerana pada malam itu bulan terbit lebih awal. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| monontian Kd | mengandung. | Bagi masyarakat Kadazan, pantang-larang semasa mengandung atau "monontian" memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang wanita itu memperolehi anak yang baik dan sempurna. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pauh laba Ib | sejenis pauh yang disebut dalam dongeng cerita Iban sahaja yang tumbuh di pusaran air. | PADA suatu masa dahulu ada seorang lelaki bernama Jelenggai. Pada zaman itu orang yang memperolehi buah pauh laba menganggap dirinya amat bertuah. Pauh laba ini tumbuh di pusat air di lautan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| leletan Ib | torak. | Mengikut cerita orang tua-tua, orang di Rumah Panjang Mendas masih ada menyimpan sumpitan Unggang. Orang di Kawit pula masih menyimpan tombaknya manakala orang di Lichok menyimpan alat leletan. Unggang memperolehi barang-barang tersebut semasa dia berkahwin dengan Jeburi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| linut Kn, Ml, Pe | sejenis makanan dibuat daripada tepung rumbia, dimakan dengan cara mencampurkannya dengan air panas dicicah dengan sambal. | Talap mengajak rakyatnya menetap di situ. Mereka cepat pandai mengerjakan rumbia kerana sudah biasa memperolehi sagu palma pantu yang hampir serupa. Mereka pandai membuat makanan seperti linut dan tumpu daripada tepung. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |