| magang Kd | upacara pindah rumah baru. | Magang ialah upacara yang diadakan sempena dengan perpindahan ke rumah baru bagi satu-satu keluarga; terutama sekali keluarga-keluarga yang ada menyimpan tengkorak manusia yang merupakan barang warisan yang berharga bagi keturunannya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| balang begeman Ib | kepala musuh (manusia) yang diperoleh semasa ngayau. | Awak ini pada masa dahulu orang tua, mengatakan diri hendak pindah ke tempat ini, Di tengah-tengah ruang langit rata membawa kumpulan balang begeman. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| nengkira Ib | persiapan untuk melakukan sesuatu umpamanya upacara keagamaan. | Selepas itu kaum perempuan pun nengkira malam itu juga untuk digunakan semasa pindah keesokannya. Bila hari sudah siang orang pun pindahlah. Setiba mereka di rumah panjang yang baru itu, dilihat mereka rumah itu sudah beratap. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| begaut, *ngarak begaut* Bd, Ib, MSr | tergesa-gesa, hendak cepat, bergegas. | Tidaklah aku naik, terima kasihlah. Aku begaut hendak pulang kerana mungkin malam ini aku hendak terus berbincang dengan kaum penghuni rumah panjang kami tentang perkara pindah ini. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| adong Ib | sejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk. | Simpungga tidak mahu tinggal di situ lagi dan pindah ke Nanga Nyelenga Pun Takang. Apai Separang Nyiong bertengkar dengan Tutong kerana berebut tanduk ikan adong iaitu raja ikan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |