| sumbul Bj Sm | bekas tembaga yang digunakan untuk mengisi sirih pinang. | Pak Guring lalu menghulurkan sumbul yang berisikan sirih pinang kepada Pak Longgon. Sambil ibu jari kanannya mengarah ke suatu sudut, di mana ayam jantan Tanak Wagu terikat di situ. | Ayam Jantan, Tanak Wagu dan Sumandak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gadur Bj Sm, Ir, MSb, Tb | sejenis bekas bertutup yang dibuat daripada tembaga, digunakan sebagai hiasan atau dalam majlis-majlis rasmi bagi golongan bangsawan. | Harta lain seperti gong, kulintangan, talam tembaga, gadur dan sumbul yang berjajar di dinding rumah mereka banyak dipamerkan menghias dinding. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gadus MSb | sejenis tembaga. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarna-warni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lembak Bj | kain perca berwarna-warni yang dijahit halus, ia biasanya dipasang pada dinding dalam majlis perkahwinan. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarnawarni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |