| madi Ib | mencari padi. | Aku ni baru saja pulang dari madi, mencari nasi. Kalau kau susah sangat bererti samalah kita ni, kata petara Unying. "Pergilah ke rumah Sengalang Burung. Aku pun baru balik dari sana. Kalau kau keletihan serta lapar, makanlah dulu," katanya lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| longgar mata udang, *gerah mata udang* Ib | peribahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah. | “Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kain kebat Ib | sejenis kain yang dihasilkan melalui teknik ikat. | “Apa yang kauberi saya terima sajalah, kerana kami ini dalam keadaan yang sangat susah.” Indai Jebua lalu memberinya kain kebat iaitu kain tenun yang baik, diberinya juga baju yang cantik dan barang lain yang cantik-cantik. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| temasu MSb | tembusu; Fagraea fragrans. | “Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari,” kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| piau Ml | barang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur. | Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |