| meliana MSb | kaya raya. | Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| nonton Sk | menziarahi, berkunjung. | Kelak mudahlah membawa diri ke mana-mana sahaja, terutamanya kalau nonton di rumah orang tua. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| semio Bj Sm | pasar tani, tamu. | Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. Di samping itu Desa Selengkutai mempunyai semio untuk berurus niaga. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bubuk MSb | sejenis udang kecil yang digunakan untuk membuat belacan. | “Kawasan Teluk Ambung ini sesekali didatanginya, terutamanya apabila tiba musim bubuk. Dia amat gemar memakan udang kecil itu,” jelas Pak Hilun. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sokot Bd | sejenis ulat sebesar ibu jari berwarna kekuningan. Ia hidup dalam batang rumbia yang sudah reput. Ia enak digoreng dan mempunyai banyak khasiat terutamanya protin.(sokot disebut di kalangan masyarakat Bidayuh, manakala ulat mulung oleh orang Melayu tempatan dan si’et oleh masyarakat Melanau) | Krombi dan Sokot antara makanan eksotik di Pasar Minggu Satok. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |