elitra | sayap hadapan pd serangga drp order Coleoptera yg keras dan tebal, sbg pelindung yg menutupi seluruh abdomen dan sayap belakang, dan tidak berfungsi utk terbang, mis yg terdapat pd kumbang | Kamus Dewan Perdana |
elitisme | kepercayaan kpd kepimpinan sesebuah masyarakat atau negara oleh sst kumpulan elit | Kamus Dewan Perdana |
elitis | berkaitan dgn golongan elit | Kamus Dewan Perdana |
emolien | sediaan atau bahan yg mempunyai kesan yg melembutkan dan menyamankan apb disapu pd kulit | Kamus Dewan Perdana |
egalitarianisme | fahaman atau kepercayaan bahawa semua manusia adalah sama, dan dgn itu setiap orang mestilah mendapat hak, keistimewaan dan peluang yg sama | Kamus Dewan Perdana |
egalitarian | orang atau pihak yg menyokong atau mengamalkan egalitarianisme | Kamus Dewan Perdana |
epitelium | tisu tipis yg membentuk lapisan luar permukaan tubuh dan yg melapisi salur pencernaan dan struktur berongga dlm tubuh | Kamus Dewan Perdana |
ensefalitis | radang pd otak yg disebabkan oleh agen jangkitan spt bakteria, virus atau parasit, ataupun yg disebabkan oleh kecederaan | Kamus Dewan Perdana |
endotelium | lapisan sel pipih yg melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, terutamanya pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung | Kamus Dewan Perdana |
elektrolitik | berkaitan dgn atau melibatkan elektrolisis | Kamus Dewan Perdana |