Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu I

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
Emiriah Arab Bersatunegara kesatuan tujuh negeri bersyeikh di Asia Barat, berhampiran Teluk Parsi, yg terdiri drp Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaiwan, Ras al-Khaimah, dan Fujairah, yg sebahagian besar tanahnya merupakan dataran gurun, dan gunung-ganang di sebelah timurnya. Negara ini merdeka drp British pd tahun 1971Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas