eksordium | kata pendahuluan dlm sst ucapan atau tulisan, yg memuatkan asal mula penulisan teks, puji-pujian kpd Tuhan dan raja, asal usul pengarangnya dsb | Kamus Dewan Perdana |
etnogeni | cabang etnologi yg berkaitan dgn asal usul sst bangsa | Kamus Dewan Perdana |
edaran | gerakan berpusing yg akhirnya akan kembali kpd keadaan atau kedudukan asal | Kamus Dewan Perdana |
ex situ | (bkn sst proses, tindakan dsb) di luar kawasan atau di luar kedudukan asal | Kamus Dewan Perdana |
e-dokumen | dokumen digital yg boleh dibaca dan dicetak dgn menggunakan perisian khusus, dan mengekalkan bentuk asal salinan keras dokumen | Kamus Dewan Perdana |
elastik | (bkn tali pintal, getah, kain dll) boleh melentur atau meregang dan dapat kembali kpd bentuk atau ukuran asal selepas diregang | Kamus Dewan Perdana |