[ba.hu] | باهو
Definisi : 1. bahagian badan antara leher dan pangkal lengan, pundak; mengangkat ~ bp menyatakan tidak tahu; 2. bahagian perantaraan pd suatu torak (pd tempat torak itu dikecilkan); ~ jalan bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian utk laluan kenderaan); memikul di ~, menjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat; tangan mencencang (menetak, memetik) ~ memikul prb siapa yg bersalah harus menanggung akibatnya;membahu memikul, menyauk, menyangga;bahu-membahu bersama-sama (mengerjakan sesuatu), tolong-menolong: mereka ~ memberikan bantuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.hu] | باهو
Definisi : bahagian badan di antara leher dgn pangkal lengan. ~ jalan ruang di tepi jalan raya yg biasanya lebih tinggi drpd jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)