Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas I

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
eksoergik(bkn tindak balas nukleus) berlaku dgn pembebasan tenagaKamus Dewan Perdana
endoterma(bkn proses atau tindak balas kimia) yg menyerap habaKamus Dewan Perdana
eksoterma(bkn proses atau tindak balas kimia) berlaku dgn pembebasan habaKamus Dewan Perdana
esterkumpulan sebatian organik yg terhasil drp tindak balas asid dgn alkohol, biasanya berbau harum dan digunakan dlm pembuatan minyak wangi, bahan perasa dan plastik. Formula am: C nH 2n+1 COO C mH 2m+1 dgn m dan n tidak bernilai sifarKamus Dewan Perdana
efektororgan atau sel yg bertindak thp tindak balas rangsanganKamus Dewan Perdana
elektrolisisproses yg menggunakan tenaga elektrik utk menyebabkan tindak balas kimia berlaku, mis utk menulenkan logam spt kuprum, dan utk menyadurkan sst logam dgn logam lainKamus Dewan Perdana
enzimprotein yg dihasilkan oleh organisma hidup yg bertindak sbg pemangkin dlm tindak balas biokimia, dan biasanya nama setiap satu berakhir dgn –aseKamus Dewan Perdana
europiumunsur logam berwarna putih keperakan yg lembut, mulur, cepat bertindak balas, dan digunakan dlm televisyen warna dan laserKamus Dewan Perdana
elektrotropismepergerakan atau pertumbuhan organisma ke arah tertentu sbg gerak balas thp arus elektrik yg dialirkan melalui medium yg mengelilinginyaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas