ekspo | pameran dan jualan barangan, perkhidmatan dll, mis hasil kraf tangan, lukisan, dan hasil pertanian, yg diadakan secara terancang dan besar-besaran dlm tempoh masa tertentu | Kamus Dewan Perdana |
eksais | cukai yg dikenakan oleh kerajaan atas barangan tertentu spt rokok, arak atau kenderaan bermotor yg diimport dr sesebuah negara atau dikilangkan dlm negara tsb | Kamus Dewan Perdana |
emporium | kedai besar yg menjual pelbagai barangan keperluan spt pakaian, makanan atau perhiasan | Kamus Dewan Perdana |
embargo | perintah drp kerajaan yg melarang semua kegiatan perdagangan dgn sesebuah negara atau kegiatan mengeksport atau mengimport barangan tertentu, biasanya dlm masa permusuhan | Kamus Dewan Perdana |
pengedar | orang, syarikat dll yg berperanan sbg orang tengah di antara pengeluar dan peruncit, atau pembeli dgn penjual barangan spt kereta atau buku | Kamus Dewan Perdana |