| eukaliptus | pokok sangat tinggi yg berakar jangkang, kulit batangnya berwarna-warni, ditanam sbg hiasan, dan batang serta kulitnya banyak digunakan dlm industri pembuatan kertas dan juga produk berasaskan kayu | Kamus Dewan Perdana |
| empelas | pokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan tali | Kamus Dewan Perdana |
| embaru | pokok rendang dan berbunga kuning, yg mudah ditemui di tepi sungai dan tepi laut, atau ditanam sbg pokok teduhan. Daunnya yg hampir bulat dibuat pembungkus kuih serta tapai, kayunya boleh digunakan utk membuat sampan dan perabot, dan kulit batangnya yg berserat boleh dijadikan tali serta kertas | Kamus Dewan Perdana |