Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lang.kas] | بلڠکس

Definisi : sj ketam (betina) yg besar dan berekor spt sangkur (biasanya didapati berpasang-pasangan), Limulus moluccanus; ekor ~ pedang (sangkur dll) yg berbentuk ekor; yu ~ sj ikan laut, kebas, pari karas, pari serban, Narke dyterygia; macam ~ ki selalu berdua-duaan (pemuda-pemudi dll); bagai keroncor dgn ~ prb sepakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang.kas] | بلڠکس

Definisi : sj golok (bentuknya spt belangkas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang.kas] | بلڠکس

Definisi : ; pokok telur ~ sj tumbuhan (pokok renek), culan, Aglaia adorata; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), daun mangkuk, semangkuk, Nothopanax scutellarium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang.kas] | بلڠکس

Definisi : nama sj ketam yg besar dan berekor spt mata sangkur (biasanya terdapat berpasang-pasangan), Limulus moluccanus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belangkas

Puisi
 

Air mawar jatuh ke laut,
     Gulai itik sama belangkas;
Apa soalnya tidak disahut,
     Adinda belum tahu membalas.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekor belangkaspisau yg bahagian hujungnya panjang dan tirus, yg rupanya spt ekor pd belangkas, dan biasanya diletakkan pd hujung senapangKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas