| epok | bekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentu | Kamus Dewan Perdana |
| enggak | bekas yg berbentuk spt burung, tempat meletakkan pulut atau emping | Kamus Dewan Perdana |
| erotika | karya berbentuk buku, gambar, filem dsb yg boleh membangkitkan nafsu syahwat | Kamus Dewan Perdana |
| endosulfan | sebatian organik berbentuk pepejal berwarna perang, sangat beracun, melebur antara -10°C hingga 100°C, digunakan sbg racun serangga pd tanaman dan utk mengawal anai-anai. Sifat beracun bahan ini boleh mengancam manusia dan persekitaran. Formula: C₉H₆Cl₆O₃S | Kamus Dewan Perdana |
| ekstasi | sejenis dadah berbahaya berbentuk pil yg bertindak sbg perangsang utk menimbulkan rasa gembira dan bertenaga luar biasa, dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga merosakkan sistem saraf pusat | Kamus Dewan Perdana |
| ebam* | bekas yg dibuat drp tembikar, berbentuk bulat panjang dan bertutup, biasanya digunakan utk mengisi air | Kamus Dewan Perdana |
| e-buku | buku yg kandungannya berbentuk digital atau salinan lembut yg boleh dibaca dgn perisian tertentu | Kamus Dewan Perdana |
| etanolamina | sebarang sebatian organik berbentuk cecair likat, tidak berwarna, berbau spt ammonia, dan larut campur dlm air, aseton dan metanol, biasanya digunakan sbg pelarut, utk membuat detergen, cat emulsi dan penggilap. Formula: NH₂(CH₂)₂OH | Kamus Dewan Perdana |
| etak | haiwan moluska yg mempunyai dua cangkerang yg berbentuk separuh bulat dan bersaiz kecil, isinya boleh dimakan dan banyak terdapat di kawasan air tawar di Pantai Timur | Kamus Dewan Perdana |
| eufonium | alat muzik drp kumpulan alat muzik bras, berbentuk bulat, berserombong besar dan mempunyai tiga hingga lima injap, mengeluarkan nada dasar bes dan dimainkan dlm pancaragam | Kamus Dewan Perdana |