embalau | pokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisul | Kamus Dewan Perdana |
enjelai | rumput yg sederhana tinggi, berbulu, tumbuh liar atau ditanam utk buahnya yg boleh dimakan, dijadikan makanan ternakan, hiasan, dan berkhasiat ubatan serta dijadikan bahan asas kosmetik | Kamus Dewan Perdana |
empelas | pokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan tali | Kamus Dewan Perdana |
ekor kucing | herba yg tingginya sehingga kira-kira 1 m, bercabang, berbulu halus, daunnya bergerigi, berbunga halus berwarna ungu muda dan berjambak menegak, biasanya hidup di kawasan lembap yg terbuka, dan mempunyai nilai perubatan tradisional | Kamus Dewan Perdana |
ekor anjing | tumbuhan jenis kekacang yg sedikit berkayu, agak rendah, mempunyai bunga biru keunguan, berbulu dan berjambak spt ekor kucing, hidup liar dan ditanam sbg tanaman hiasan, dan juga mempunyai nilai perubatan tradisional | Kamus Dewan Perdana |
ekor | bahagian paling hujung pd ikan, cacing, ular dsb, atau bahagian yg bertulang dan menganjur keluar dr tulang punggung haiwan spt lembu dan kerbau, atau bahagian berbulu pelepah yg memanjang atau menegak pd burung, ayam dsb | Kamus Dewan Perdana |