[ber.can.tum] | برچنتوم
Definisi : 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.can.tum] | برچنتوم
Definisi : 1 menjadi rapat atau bertaut semula (spt luka yg sudah sembuh). 2 rapat melekat dan bersambung (spt bulu ayam). 3 menjadi bersambung atau bergabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)