Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ham.pi.ran] | برهمڤيرن

Definisi : = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ham.pi.ran] | برهمڤيرن

Definisi : tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Peribahasa

Bersandar di batang rengas,
     gatallah badan.

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
Estonianegara republik di timur Eropah, berhampiran Teluk Finland dan Laut Baltik, bertanah rendah dan mempunyai banyak paya, tasik dan hutan. Negara ini merdeka drp Soviet Union pd tahun 1991Kamus Dewan Perdana
epiglotisstruktur rawan nipis yg terletak berhampiran dgn pangkal lidah di atas bukaan salur pernafasan, berfungsi menutup salur berkenaan semasa proses menelan supaya makanan tidak termasuk ke dalamnyaKamus Dewan Perdana
Ethiopianegara di timur Afrika yg berhampiran Laut Merah, meliputi Lembah Great Rift, gurun, dan penara tinggi yg mempunyai banyak sungai termasuk sungai Nil Biru. Negara ini merupakan negara Afrika yg paling lama merdeka, iaitu sejak abad ke-2 SMKamus Dewan Perdana
El Salvadornegara republik di Amerika Tengah, berhampiran pesisir Lautan Pasifik, yg pantainya bertanah rendah tetapi berpenara di bahagian tengahnya. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1841, dan menjadi republik pd tahun 1856Kamus Dewan Perdana
engkabangpokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai dan buahnya yg kemerahan boleh dimakanKamus Dewan Perdana
Emiriah Arab Bersatunegara kesatuan tujuh negeri bersyeikh di Asia Barat, berhampiran Teluk Parsi, yg terdiri drp Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaiwan, Ras al-Khaimah, dan Fujairah, yg sebahagian besar tanahnya merupakan dataran gurun, dan gunung-ganang di sebelah timurnya. Negara ini merdeka drp British pd tahun 1971Kamus Dewan Perdana
engkalapokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar dgn permukaan bawahnya keputih-putihan, buahnya bulat dan boleh dimakan, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungaiKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas