ekor cicak | rambut yg agak panjang dan berjuntai di tepi hadapan telinga, terutamanya bagi perempuan | Kamus Dewan Perdana |
ekor kuda | gaya rambut yg diikat tinggi dan berjuntai di belakang spt ekor pd kuda | Kamus Dewan Perdana |
enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
ekor ikan | palma yg tumbuh sehingga kira-kira 20 m, berdaun spt ekor ikan, berbuah kecil, bergugus, berjuntai, berwarna merah apb matang, gatal dan beracun. Palma ini banyak terdapat di hutan yg pernah diteroka, dan juga ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
ekor kucing | pokok renek sehingga kira-kira 3 m tinggi, berdaun lebar dan bergerigi, berbunga halus berwarna merah tua, tumbuh padat pd jambak yg berjuntai spt ekor kucing, dan biasa ditanam sbg pokok hiasan | Kamus Dewan Perdana |