mengengget | mengambil (buah-buahan, spt rambutan atau jambu) dgn menggunakan galah yg hujungnya mempunyai cangkuk atau pisau | Kamus Dewan Perdana |
etil asetat | cecair dlm kumpulan ester yg berbau manis spt buah, tidak berwarna, mudah meruap dan mudah terbakar, diperoleh drp pengesteran asid asetik dgn etanol, digunakan dlm minyak wangi dan bahan perasa, serta sbg pelarut. Formula: CH₃COOC₂H₅ | Kamus Dewan Perdana |
empayar | kawasan luas yg mengandungi beberapa buah negara dan pelbagai bangsa yg diletakkan di bawah pemerintahan satu kuasa yg berdaulat | Kamus Dewan Perdana |
epikarpa | lapisan paling luar pd perikarpa buah tertentu | Kamus Dewan Perdana |
enkeromong | alat muzik tradisional yg terdiri drp lapan buah gong perunggu kecil yg disusun sebaris di dlm kotak kayu berbentuk segi empat panjang, dan dimainkan dgn cara memukul gong-gong tsb dgn sepasang pemukul kayu | Kamus Dewan Perdana |
endokarpa | lapisan atau bahagian paling dalam pd perikarpa buah tertentu spt kelapa, biasanya keras dan berserabut, mis tempurung kelapa | Kamus Dewan Perdana |
ejing | permainan tradisional yg memerlukan pemain membaling bola pd barisan buah sintuk | Kamus Dewan Perdana |
eter | cecair yg boleh meruap dan amat mudah terbakar, mempunyai bau manis spt buah, digunakan sbg pelarut dan sbg ubat bius. Formula: C₂H₅OC₂H₅ | Kamus Dewan Perdana |
epal | pokok sederhana kecil yg banyak ditanam di kawasan beriklim sejuk utk menghasilkan buah yg boleh dimakan | Kamus Dewan Perdana |
embacang | pokok sederhana tinggi yg berbunga merah keperangan dan ditanam utk mendapatkan buah yg boleh dimakan | Kamus Dewan Perdana |