| elm | pokok jenis daun luruh drp genus Ulmus yg daunnya bergerigi, buahnya halus bersayap, hidup liar di hutan, ada spesies yg ditanam sbg hiasan landskap serta bonsai, dan kayunya yg keras dijadikan bot serta perabot | Kamus Dewan Perdana |
| enjelai | rumput yg sederhana tinggi, berbulu, tumbuh liar atau ditanam utk buahnya yg boleh dimakan, dijadikan makanan ternakan, hiasan, dan berkhasiat ubatan serta dijadikan bahan asas kosmetik | Kamus Dewan Perdana |
| engkala | pokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar dgn permukaan bawahnya keputih-putihan, buahnya bulat dan boleh dimakan, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai | Kamus Dewan Perdana |
| engkabang | pokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai dan buahnya yg kemerahan boleh dimakan | Kamus Dewan Perdana |
| embalau | pokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisul | Kamus Dewan Perdana |
| ekor kuda | pokok sederhana tinggi yg hidup liar di hutan, daunnya berbentuk spt jarum atau duri, buahnya kecil, bulat, berwarna hijau dan menghasilkan kon | Kamus Dewan Perdana |
| enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |