Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da.ya] | بودايا

Definisi : 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~;~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa;berbudaya mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dgn akal budi yg sudah maju: bangsa yg ~;membudaya menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini;membudayakan 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat;pembudayaan proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dll): ~ ilmu di kalangan pelajar penting utk pembinaan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.da.ya] | بودايا

Definisi : 1 kemajuan jasmani dan rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman; peradaban: Pd abad yg kesepuluh, ~ Arab jauh lebih tinggi drpd ~ Eropah. 2 sudah maju atau beradab: jiwa yg ~ jiwa yg telah maju. berbudaya mempunyai budaya; mempunyai fikiran dan akal budi yg sudah maju. membudayakan mendidik supaya berbudaya (beradab); menjadikan seseorang atau sesuatu berbudaya; ~ masyarakat. kebudayaan 1 kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dlm pelbagai bidang: Beliau sedang membuat penyelidikan ttg ~ Melayu. 2 usaha atau daya mencipta atau berfikir dlm pelbagai bidang hidup manusia: Universiti seharusnya menjadi pusat ~ dan bukan hanya menjadi pusat pengajian tinggi. budayawan orang yg berkecimpung dlm hal-hal kebudayaan; ahli kebudayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budaya


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
etnosentrikcenderung menganggap bahawa masyarakat dan budaya sendiri lebih baik drp masyarakat dan budaya orang lainKamus Dewan Perdana
etnosentrismepandangan atau sikap yg menganggap bahawa masyarakat dan budaya sendiri lebih baik drp masyarakat dan budaya orang lainKamus Dewan Perdana
etno-berkaitan dgn ras, etnik, atau budaya, mis etnografi dan etnologiKamus Dewan Perdana
etnikkumpulan orang yg mempunyai budaya, tradisi dan identiti yg sama tetapi wujud sbg subkumpulan kpd kumpulan yg lebih besar dlm sesebuah masyarakatKamus Dewan Perdana
eurosentrikcenderung menganggap bahawa orang atau budaya dr Eropah atau Barat lebih baik drp yg lainKamus Dewan Perdana
etosciri, sikap dsb yg khusus bagi sst bangsa, budaya, era dsbKamus Dewan Perdana
etikettatacara berkelakuan yg betul mengikut adat resam, budaya, pekerjaan atau kelas dlm masyarakat apb berada dlm sst situasi spt majlis rasmi atau di meja makanKamus Dewan Perdana
etnomuzikologikajian ttg kepelbagaian muzik dlm pelbagai budayaKamus Dewan Perdana
ekabudaya(bkn negara, masyarakat dsb) mempunyai atau mengamalkan satu budayaKamus Dewan Perdana
mengeropahkanmenjadikan (sesebuah negara, masyarakat dsb) diresapi nilai, cara hidup dan budaya EropahKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas