Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 bahagian yg keras pd tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dsb; bahagian hujung dan pangkal ruas tulang yg berbonggol. 2 ketul atau butir yg kecil-kecil, spt garam: Ahmad menghancurkan ~-~ tanah itu dgn cangkul. 3 penjodoh bilangan utk benda yg berbutir atau berketul: se~ garam; se~ tanah. ~ bahu sendi antara bahu dgn lengan. ~ benang kayu dll tempat benang dililitkan; gelendong. ~ jari tulang sendi pd jari. ~ kaki (lali) tulang yg berbonggol pd pergelangan kaki. ~ lima a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya. berbuku 1 ada bukunya: Buluh mana yg tidak ~? 2 berbongkah-bongkah kecil: Tepung ini sudah ~ kerana terlalu lama. membuku menjadi bongkah-bongkah kecil; menjadi berbuku. terbuku ki mengganggu perasaan dlm hati: Segala yg ~ dlm hatinya diceritakannya kpd kakaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : berhelai-helai kertas berjilid yg berisi tulisan utk dibaca atau berisi ruangan-ruangan kosong utk ditulisi; kitab: Di atas mejanya, tersusun ~ rujukan yg tebal-tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku

Puisi
 

Jika adinda makan gelagah,
     Beri kami buku-bukunya;
Jika adinda beranak tengah,
     Bagi kami buku bongsunya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kenal dadanya,
     tak kenal mukanya (= rupanya).

Bermaksud :

Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
e-bukubuku yg kandungannya berbentuk digital atau salinan lembut yg boleh dibaca dgn perisian tertentuKamus Dewan Perdana
erotik(bkn buku, gambar, filem dsb) boleh membangkitkan nafsu syahwatKamus Dewan Perdana
edisiversi tertentu buku, kamus dsb yg diterbitkan berasaskan kandungan yg sama dgn sebelumnya berserta penambahbaikan tertentuKamus Dewan Perdana
erotikakarya berbentuk buku, gambar, filem dsb yg boleh membangkitkan nafsu syahwatKamus Dewan Perdana
ensiklopediabuku, biasanya dlm banyak jilid, yg mengandungi maklumat yg lengkap ttg pelbagai topik dlm sst bidang ilmu atau ttg subjek tertentu, yg disusun mengikut urutan abjadKamus Dewan Perdana
pengedarorang, syarikat dll yg berperanan sbg orang tengah di antara pengeluar dan peruncit, atau pembeli dgn penjual barangan spt kereta atau bukuKamus Dewan Perdana
e-penerbitanpenerbitan bahan atau dokumen yg kerja editorial dilaksanakan secara elektronik utk menghasilkan bahan digital, mis e-jurnal, e-majalah, e-buku dan e-dokumenKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas