Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rah] | چره

Definisi : ; ~ muntah Kl penyakit taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rah] | چره

Definisi : 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. ke­cerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elkbinatang mamalia besar dlm keluarga rusa yg berwarna coklat hingga ke hitam di bahagian atas badannya dan berwarna cerah pd bahagian bawah hingga ke kaki, mempunyai tanduk yg besar dan berbentuk spt tangan yg kembang. Binatang ini didapati di Eropah Utara, Amerika Utara, dan Asia UtaraKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas