[ci.ta.ci.ta] | چيتا٢
Definisi : 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ci.ta.ci.ta] | چيتا٢
Definisi : 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)