empelas | pokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan tali | Kamus Dewan Perdana |
engkala | pokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar dgn permukaan bawahnya keputih-putihan, buahnya bulat dan boleh dimakan, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai | Kamus Dewan Perdana |
engkabang | pokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai dan buahnya yg kemerahan boleh dimakan | Kamus Dewan Perdana |
elm | pokok jenis daun luruh drp genus Ulmus yg daunnya bergerigi, buahnya halus bersayap, hidup liar di hutan, ada spesies yg ditanam sbg hiasan landskap serta bonsai, dan kayunya yg keras dijadikan bot serta perabot | Kamus Dewan Perdana |
ekor kuda | pokok sederhana tinggi yg hidup liar di hutan, daunnya berbentuk spt jarum atau duri, buahnya kecil, bulat, berwarna hijau dan menghasilkan kon | Kamus Dewan Perdana |
ekor kucing | herba yg tingginya sehingga kira-kira 1 m, bercabang, berbulu halus, daunnya bergerigi, berbunga halus berwarna ungu muda dan berjambak menegak, biasanya hidup di kawasan lembap yg terbuka, dan mempunyai nilai perubatan tradisional | Kamus Dewan Perdana |
embaru | pokok rendang dan berbunga kuning, yg mudah ditemui di tepi sungai dan tepi laut, atau ditanam sbg pokok teduhan. Daunnya yg hampir bulat dibuat pembungkus kuih serta tapai, kayunya boleh digunakan utk membuat sampan dan perabot, dan kulit batangnya yg berserat boleh dijadikan tali serta kertas | Kamus Dewan Perdana |
embalau | pokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisul | Kamus Dewan Perdana |