epididimis | tiub panjang yg bergumpal, yg terdapat di belakang testis dan berfungsi sbg laluan, tempat simpanan dan pematangan sperma | Kamus Dewan Perdana |
eurodolar | unit mata wang Amerika Syarikat yg didepositkan di bank-bank di luar Amerika Syarikat, terutamanya di Eropah utk tujuan perdagangan | Kamus Dewan Perdana |
ekuinoks | waktu matahari berada di khatulistiwa menyebabkan siang dan malam sama panjang di serata tempat di dunia, iaitu pd 20 Mac dan 22 September atau 21 Mac dan 23 September setiap tahun | Kamus Dewan Perdana |
pengeditan | proses atau perbuatan mengedit | Kamus Dewan Perdana |
beredisi | mempunyai edisi | Kamus Dewan Perdana |
mengekstradisi | melakukan ekstradisi thp (sso) | Kamus Dewan Perdana |
berekspedisi | ikut serta dlm sst ekspedisi | Kamus Dewan Perdana |
Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
euroyen | (unit) mata wang Jepun yg didepositkan di bank-bank di Eropah utk tujuan perdagangan | Kamus Dewan Perdana |
ex situ | (bkn sst proses, tindakan dsb) di luar kawasan atau di luar kedudukan asal | Kamus Dewan Perdana |